Search This Blog

Friday, October 22, 2010

Ramalan Bragging Rights-Menyelusuri Sejarah Persengketaan Kane - Undertaker



Mark Calaway dan Glenn Jacobs.
Kita semua mengenali mereka sebagai Undertaker and Kane, The Brothers of Destruction.
Setelah digabungkan, The Phenom dan The Big Red Machine telah memenangi World Heavyweight Championship sebanyak 4 kali dan WWE Championship sebanyak 5 kali.

Pabila mereka bersama, dalam satu pasukan, tiada siapa dapat menghentikan mereka.
Walau bagaimanapun, separuh daripada kisah penyatuan mereka berdua di WWE,  The Undertaker dan "adiknya" Kane merupakan seteru yang hebat.

Pada pagi Isnin ini di WWE Bragging Rights (2010), mungkin kita sama-sama bakal menyaksikan berakhirnya era Brothers of Destruction.

Salah seorang daripada mereka akan membayar pengorbanan paling mahal dengan akan ditanam hidup-hidup sedalam 6 kaki. (Ada yang volunteer nak baca talkin tak?)

Dan mari kita sama-sama mengimbau kembali sejarah perbalahan epik mereka sepanjang 13 tahun ini.

1) Bad Blood 1997: Kemunculan "Little Brother"




Kane telah diperkenalkan sebagai adik The Undertaker semasa perlawanan utama Hell In A Cell di antara Undertaker dan Shawn Michaels, di mana pemenangnya akan berpeluang mencabar Bret Hart bagi WWE Championship di Survivor Series 1997.

Kane telah "membantu" Shawn Michaels mengalahkan Undertaker, dengan melakukan tombstone piledriver kepada abangnya yang sedang terkesima, dan membolehkan Shawn Michaels melakukan tindanan pin bersih ke atas Undertaker.

Bukan sahaja ianya menampilkan Kane buat kali pertama, tetapi ini juga merupakan perlawanan pertama Hell In A Cell dalam sejarah WWE.

2) Royal Rumble 1998 : Satu Lagi Episod Pengkhianatan


Walaupun Kane telah menyebabkan kekalahan Undertaker di Bad Blood, tetapi Undertaker masih enggan "berlawan" dengan adiknya itu (adik kesayangan la ni).

Dan agak mengejutkan, Kane pada satu ketika telah menyelamatkan abangnya dari satu serangan daripada D-Generation X.

Mereka berdua selepas itu telah menjalinkan kerjasama secara tidak rasmi sebagai adik beradik dan sahabat. Tapi sayangnya ia tidak berkekal lama.

Di Royal Rumble 1998, dalam perlawanan Keranda (Casket Match) bagi merebut WWE Championship menentang Shawn Michaels, Kane sekali lagi mengkhianati abangnya dan membantu Shawn Michaels, juga sekali lagi.

Selepas perlawanan tersebut berakhir, Undertaker telah dikunci di dalam keranda tersebut, dan Paul Bearer dan Kane membakar keranda tersebut.

Selepas kejadian pembakaran keranda tersebut, Undertaker telah "hilang" dan tiada sebarang berita mengenai beliau sehingga beberapa bulan.

3) WrestleMania XIV: Perlawanan Pertama



Apabila Undertaker kembali ke WWE setelah kejadian dibakar dalam keranda di Royal Rumble, beliau hanya mahukan pembalasan.

Akhirnya Undertaker bersetuju untuk bertemu dengan Kane di WrestleMania XIV.

The Undertaker terpaksa mengenakan 3 "tombstone piledrivers" untuk memenangi perlawanan tersebut.
Selepas 3 pacak nisan aka "tombstone", kita mungkin menyangka yang persengketaan ini akan berakhir.

Walaubagaimanapun, ianya hanya satu permulaan kepada sejarah perbalahan mereka berdua.

4) Unforgiven 1998: The Inferno Match


Berikutan kekalahannya di Wrestlemania, pada bulan berikutnya, Kane telah sekali lagi mencabar Undertaker. Tapi kali ini dalam format perlawanan yang tidak pernah ditonton sebelum ini, iaitu Inferno Match.

Dengan di sekeliling gelanggang dikelilingi api, individu pertama yang terbakar akan kalah dalam perlawanan ini.

Setiap kali ada hempasan atau pukulan berimpak tinggi dilakukan, api akan marak menyala dan menjadi semakin membara.

The Undertaker dapat membalas dendamnya dibakar di Royal Rumble tempoh hari, dengan kali ini melakukan perkara yang sama terhadap Kane, iaitu membakarnya.

5) 1998 - 2000: Undertaker menanggalkan topeng Kane



The Undertaker dan Kane sekali lagi bekerjasama pada penghujung tahun 1998, di mana Undertaker masuk campur dalam satu perlawanan di antara Kane dan Steve Austin di King Of The Ring.

Kehendak perlawanan ini adalah, sekiranya Kane kalah dalam perlawanan ini, beliau mesti membakar dirinya sendiri.

The Undertaker sebenarnya ingin memukul Kane dengan kerusi tetapi pukulan itu tersasar dan mengenai kepala Austin, menyebabkan Austin kalah dalam perlawanan tersebut.

Undertaker kemudiannya mendakwa beliau tidak mahu adiknya dibakar dan kerana itulah beliau membantu Kane memenangi perlawanan tersebut. Ini merupakan kali pertama menampilkan Kane dan Undertaker berbaik dan bersatu dalam pasukan yang sama.

Di Summerslam 1999, Kane mahu membalas jasa Undertaker dan ingin menolong Undertaker menentang Steve Austin, akan tetapi Undertaker enggan menerima pertolongan tersebut.

Kesudahannya, Austin memenangi perlawanan tersebut dan mengekalkan kejuaraan WWE nya.

Dalam perlawanan "triple threat" yang berlangsung beberapa ketika selepas Summerslam, Kane, Undertaker dan Austin bertarung bagi merebut kejuaraan WWE, di mana Kane dan Undertaker melakukan tindanan pin serentak ke atas Austin.

Vince McMahon mengisytiharkan kejuaraan WWE dikosongkan kerana tiada juara yang sah dalam perlawanan tersebut.

Di Judgement Day: In Your House, Kane dan Undertaker bertarung bagi merebut kejuaraan yang dikosongkan itu dengan Steve Austin selaku pengadil undangan.

Austin mengakhiri perlawanan ini dengan menyerang kedua-dua Kane dan Undertaker, menyebabkan tiada siapa yang memenangi perlawanan tersebut.

Beberapa bulan selepas itu, akhirnya Undertaker mengakui yang beliau lah yang telah membakar Kane sewaktu kecil sehingga menyebabkan kecacatan dan parut pada muka Kane.

The Undertaker berjaya menanggalkan topeng Kane di Summerslam 2000.

 6) 2001: Menggondol Kejuaraan Tag Team


Pada Royal Rumble 2001, Undertaker dan Kane bersatu, menyingkirkan paling ramai peserta di dalam perlawanan Raksasa 30-man Royal Rumble.

Kane masuk pada giliran ke 6 dan berjaya menyingkirkan 11 penggusti.
Undertaker masuk pada giliran ke 22 tetapi berjaya disingkirkan Rikishi.

Mereka berdua terus bersatu pada bulan seterusnya, di mana pada 1 Februari 2001, berlangsung di Smackdown, mereka berjaya mengalahkan Rikishi dan Haku dalam perlawananan "First Blood".

Ini membawa mereka untuk bertemu dengan Dudley Boyz dan Edge and Christian dalam perlawanan "tables match" bagi merebut kejuaraan tag team WWE di acara No Way Out..

The Brothers of Destruction menguasai keseluruhan perlawanan dan hampir-hampir berjaya memenangi perlawanan tersebut sebelum diganggu oleh Rikishi dan Haku.

Undertaker and Kane berjaya memenangi kejuaraan tag team WWE buat kali pertama apabila berjaya mengalahkan Edge & Christian pada 19 April 2001 di siaran Smackdown.

Akan tetapi mereka telah kehilangan kejuaraan tag team tersebut kepada Two Man Power Trip (Triple H dan Steve Austin) 10 hari kemudian di acara Backlash.

Di siaran Smackdown bertarikh 9 Ogos 2001, selepas berlakunya pencerobohan WCW dan ECW (The Alliance), Kane dan Undertaker berjaya memenangi kejuaraan Tag Team WCW dengan mengalahkan Natural Born Thrillers.

Di acara Summerslam 2001, masih lagi dengan gelaran Tag Team WCW mereka, Kane dan Undertaker berjaya menewaskan Diamond Dallas Page dan mendiang Chris Kanyon seterusnya berjaya merebut kejuaraan Tag Team WWE buat kali kedua, dan menjadikan Brothers Of Destruction tag team yang pertama mendapat gelaran Unified Tag Team Champions.



7) 2002-2009 : Penyatuan dan persengketaan yang tiada penghujungnya


Sejarah Undertaker dan Kane sentiasa berterusan, di mana mereka banyak terlibat dalam pelbagai perbalahan sehingga bertahun-tahun.

Undertaker dan Kane bersatu semula selepas WWE Roster Draft berlangsung pada tahun 2002, di mana Kane dapat berdampingan di sisi Undertaker yang telah didrafkan ke Raw.

Mereka bekerjasama secara tidak rasmi semasa acara Royal Rumble 2003, dengan membantu satu sama lain menyingkirkan peserta Royal Rumble, dan Undertaker secara tidak disangka turut menyingkirkan Kane.

Di acara Survivor Series 2003, Kane (yang baru saja menanggalkan topengnya secara rasmi) telah mengganggu perlawanan "Buried Alive Match" di antara Undertaker dengan Vince McMahon.

Kane telah menanam abangnya hidup-hidup dan mendakwa Undertaker "telah selamat dikebumikan dan telah pergi buat selama-lamanya".

Dan di Wrestlemania XX, Undertaker yang dikatakan telah mati telah kembali ke WWE dengan kembali membawa gimik "Deadman" dan berjaya menewaskan Kane dalam perlawanan tersebut.



Di Royal Rumble 2005, Kane telah muncul dari dalam keranda semasa perlawanan Undertaker menentang Heidenreich, dan membantu Undertaker memenangi perlawanan tersebut.

Seterusnya pada tahun 2006 pula, Undertaker dan Kane bergabung sekali lagi untuk menentang MVP dan Mr. Kennedy.

Pada edisi Smackdown bertarikh 12 Oktober 2007,  Brothers of Destruction bergabung lagi mengalahkan WWE Tag Team Champions MVP dan Matt Hardy dalam perlawanan non-title.

Pada 4 April 2008 di siaran Smackdown, Undertaker dan Kane bertarung buat kali pertama selepas perlawanan terakhir mereka semenjak Wrestlemania XX. Walau bagaimanapun, tiada yang memenangi perlawanan ini akibat diganggu oleh La Familia. Kesudahannya, Kane dan Undertaker menghadiahkan Cekak Banting (Chokeslam) dan Pacak Nisan (Tombstone Piledriver) kepada Chavo dan Edge.

Di siaran Smackdown bertarikh 13 November 2009, selepas perlawanannya dengan Chris Jericho, Kane datang membantu abangnya dalam menghadapi Chris Jericho dan pasangannya Big Show.

The Brothers of Destruction rujuk sekali lagi pada 20 November 2009 di siaran Smackdown menentang Jeri-Show. Malangnya, perlawanan ini diisytiharkan sebagai No Contest (tiada pemenang).

8) 2010: Berakhirnya persengketaan epik ini?


20 tahun karier Undertaker di WWE nampaknya semakin hampir kepada garisan penamatnya sama ada WWE Universe suka atau pun tidak. Faktor umur memberi impak terbesar, di mana The Deadman sendiri tidak mampu menidakkannya.

Pada umur 43 tahun, 2 tahun lebih muda daripada Undertaker, Kane turut akan sampai ke penghujungnya tidak lama lagi.

Apakah cara terbaik untuk mengakhiri karier mereka berdua di WWE, di mana pelbagai jalan cerita dan pergolakan yang mewarnainya sepanjang 13 tahun ianya berlangsung?

Dengan jalan cerita "koma" nya Undertaker beberapa bulan lalu, kita dapat menyaksikan Kane berjaya mencuri "spot light" abangnya di mana Kane berjaya menguasai Undertaker di acara Night Of Champions dan Hell In A Cell baru-baru ini.

Walaupun telah mendapat bantuan dari "bapa" mereka, Paul Bearer, ternyata semangat dan kuasa spiritual yang diberi kepada Undertaker tidak bertahan lama apabila Paul kembali di sisi "The Demon's Favorite Son", Kane dan mengkhianati Undertaker di Hell In A Cell tempoh hari.

Dan apakah pula yang bakal berlaku di Bragging Rights 25 Oktober ini? Siapakah pula yang bakal dikebumikan kali ini? Dan mampukah Undertaker mengenggam semula kejuaraan Dunia yang ke lapan buatnya selepas ini? Terjawabkah segala soalan ini nanti? Atau hanya akan menimbulkan lebih banyak persoalan?

Yang pastinya, persengketaan selama 13 tahun di antara Undertaker dan Kane akan terus dikenang dalam sejarah WWE dan semua peminat di seluruh dunia....

Monday, October 18, 2010

Asal Usul Wrestling dan pengaruhnya pada zaman moden.....

WRESTLING adalah seni mempertahannkan diri yang pada asalnya menggunakan teknik seperti "Throws", "Grappling", Menjatuhkan lawan, "submission" atau mengunci lawan dan "pinning".

Percaya atau tidak origin wrestling ni sebenarnya berasal daripada negara China yang menggunakan nama "Shuai Jiao"... Wrestling juga dipercayai, mendapat pengaruh nya dari zaman pemerintahan Greek dan selepas Empayar Roman mengalahkan Empayar Greek, Empayar Greek pula yang mempopularkan seni mempertahankan diri ini...

Dari sudut Islamic, Nabi Muhammad SAW juga pernah mengalahkan jaguh gusti arab yang bernama Rukanah.... ini adalah salah satu pendekatan beliau untuk berdakwah terhadap Agama Islam ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari link ni:

http://rangeboy.wordpress.com/2010/01/30/mengalahkan-jaguh-gusti-arab/

Dan pada zaman moden ini munculah dua jenis wrestling yang berlainan tahap.... iaitu Amateur Wrestling dan Professional Wrestling....

Amateur Wrestling adalah sukan yang selalu dipertandingkan di temasya2 sukan seperti sukan Olimpik..... amateur wrestling lebih mementingkan teknik dan kebijaksaan dalam menumbangkan lawan. Ianya terbahagi kepada 6 discipline iaitu Greco-Roman, Freestyle Wrestling, Submission Wrestling, Combat Wrestling, Beach Wrestling dan Sambomaster (seni mempertahankan diri yang diperkenalkan oleh negara Russia yang mengamalkan prinsip " self defense without weapon"...

Professional Wrestling pula adalah wrestler2 yang terlatih dan bergusti di dalam "staged match"... ianya lebih kepada seni dan pertunjukkan yang menarik berbanding amateur wrestling yang hanya mementingkan kemenangan. Pro wrestling menerapkan unsur acrobatik, submission, technical, power dan high flyer menjadi satu pertunjukan yang menarik.... Pro wrestling juga mempunyai term2 tertentu di mana ia dugunakan supaya business diorang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Berikut adalah jenis2 pro wrestling yang muncul dengan gaya yang berlainan:

1. Strong Style Wrestling or Puroresu

- Lebih banyak aksi gusti, atmospherenya seperti MMA di mana move2 yang dibuat, nampak real dan impaknya MASYA ALLAH memang sakit bukan kepalang... kebanyakan wrestling2 promotion jenis begini tidak mempunyai storyline dan gimmick kerana wrestler yang bergusti dengan gaya begini lebih "prone to injured" dan career juga menjadi satu persoalan. Antara wrestling promotion yang melakukan style ini adalah Pro Wrestling NOAH, IWGP, NJPW, ROH dan lain2....


2. Lucha Libre
-Aksi akrobatik dan high flyer difokuskan dalam gaya ini... Wrestler2 Mexico memang famous ngan wrestling jenis gini. Berasal daripada perkataan Spanish iaitu "Free Fighting". Ianya unik kerana wrestler2 memang suka memakai topeng ditambah lagi dengan characteristicnya yang lebih kepada fan favourite. Antara wrestling promotion yang melakukan style ini adalah TNA (time penubuhannya dahulu), AAA, Mexican National dan sebagainya.


3. Sports Entertainment
-Well, seperti yang kita tengok skang ni, lebih mementingkan unsur hiburan dan komersial... dan lebih mengejar rating untuk setiap minggu show yang dilakukan.. Ianya seperti pertunjukkan sarkis di mana setiap aksi yang dilakukan penonton akan bersorak walaupun ianya jelas sekali "fake" dan x ada unsur stiffness... Antara wrestling promotion adalah WWE dan modern TNA...


4. Hardcore Wrestling, Ultraviolent Wrestling
- EXTREME!!!!!!!!!!!!! itulah satu perkataaan yang dapat menggambarkan wrestling jenis begini. Senjata menjadi perkara biasa dan wrestler akan membanting opponentnya se- GANAZ yang mungkin untuk melumpuhkan lawannya. Ianya boleh menjadi satu pembunuhan BERSKALA BESAR jika tidak kena dengan tempatnya. Antara wrestling2 promotion yang melakukan aksi begini adalah old skool ECW, WSX dan CZW.
 
(Artikel sumbangan Zarif Lokman)

Peminat Gusti di Malaysia..Satu kajian kes..

Bila sebut saja pasal gusti, mesti macam-macam pendapat dan komen yang akan kita dengar. Ada yang kata gusti ni ganas, tak sesuai untuk tontonan, bawak pengaruh tak baik dan macam-macam lagi komen negatif mengenai gusti. Sampai ada plak yang mengatakan peminat-peminat gusti (yang lelaki) ni gay pasal suka tengok orang pakai "spender" di khalayak ramai. Hehe..gua gelak je bila dengar pendapat ni. Tapi tu semua pendapat masing-masing. Kita kena hormatinya.

Gua start tengok gusti semasa berumur 5-6 tahun (tak berapa ingat secara tepat..hehe) di sekitar penghujung tahun 80-an. Semuanya gara-gara bapak gua selalu sewa tape wrestling dan dipertontonkan kat rumah. Memang syok la layan wrestling ni.Masa tu tengah zaman kegemilangan Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Jimmy "Superfly" Snuka, Ricky Steamboat, Ric Falir dan ramai lagi. Boleh dikatakan fenomena wrestling masa ni agak hebat la. Sampai kebanyakan warung-warung menggunakan kaedah menayangkan video gusti ni utnuk menarik pelanggan datang ke warung mereka. Masa ni kan Astro belum wujud lagi. Memang best la tengok pakcik-pakcik ni tepuk-tepuk meja masa layan wrestling ni.hehe...


Masa berganjak. Kalau dulu satu family gua minat tengok wrestling.(kadang-kadang sampai berdiri-berdiri bila wrestler kegemaran menang).Tapi semakin lama, bilangan ahli keluarga gua yang minat tengok wrestling ni semakin berkurang. Dengan adik gua yang dah semakin besar,minat beliau beralih kepada sukan lain dan dah mula tak tengok wrestling ni. Begitu jugak dengan mak ayah gua.Diorang pun dah macam malas nak layan sukan ni lagi.Mungkin atas dasar wrestling pada ketika ini dah terlalu banyak "soap opera" atau cakap-cakap je dalam ring dan kurang lawan. Jadi tinggal la gua sensorang je yang layan wrestling ni kat rumah.

Berbicara mengenai peminat sukan gusti di Malaysia ni, rasanya memang terlalu sukar kita nak jumpa orang yang minat sukan gusti ni betul-betul tahap "kipas susah mati". Kalau ada yang tengok pun, just layan dan tengok gitu-gitu je.Selalu dulu gua Google kat internet, tengok kalau-kalau ada sebarang kelab atau pertubuhan peminat gusti kat Malaysia ni. Nak jugak gua join utnuk berkongsi minat yang sama. Tapi malangnya, satu pun gua tak jumpa. Tak macam komuniti bola atau sukan-sukan lain. Mungkin rakyat Malaysia ni belum berani nak isytiharkan yang diorang ni peminat gusti kot. Teringin gak nak duduk-duduk kat warung tu sambil bercerita pasal wrestling, tapi malangnya hampir 30 tahun gua hidup ni, gua tak pernah jumpa dan alami pun saat tu. Dahsyat kan. Kalau update status kat FB pasal gusti plak, antara komen yang gua selalu terima, "Tak abis-abis dengan wrestling ko ni,".. hehe..tapi itulah kenyataannya.Memang susah nak jumpa peminat gusti kat Malaysia ni.





Bertitik tolak kerana itulah, pada tanggal 18 Mac 2010, beberapa hari sebelum Wrestlemania 26 berlangsung, tengah-tengah takde kerja kat ofis, gua secara suka-suka mencipta satu halaman "fan page" di Facebook untuk mencari kalau-kalau ada orang yang minat wrestling macam gua kat Malaysia ni. Dengan nama Peminat Gusti Malaysia, hanya bermula dengan 30-40 orang fans, page ini mula beroperasi. Pada asalnya,gua tak letak harapan tinggi untuk dapatkan fans yang ramai.Dapat dalam 100 lebih pun dah cukup baik untuk kami sama-sama bertukar-tukar maklumat dan pendapat mengenai dunia gusti. Tapi Alhamdulillah, page ini mendapat sambutan yang cukup baik sehingga mampu mencapai 1000++ fans setakat ini. Ini membuktikan yang di Malaysia ini, kita tidak ketandusan peminat gusti di mana mereka berada di mana-mana sahaja. Cuma mungkin diorang semua mengalami situasi yang sama macam gua.Takde platform dan ruang yang sesuai untuk berkongsi minat ini. Apapun, terima kasih kepada semua yang telah menyertai Peminat Gusti Malaysia dan sama-samalah kita mengeratkan dan memperkukuhkan lagi komuniti pencinta sukan gusti di Malaysia ni dan setanding seperti kelab-kelab peminat sukan lain....

Selamat datang ke gelanggang PGM...

Salam muhibah kepada semua...

Setelah beberapa ketika kita hanya bertemu di "MukaBuku" ,akhirnya PGM mengorak selangkah lagi dengan mewujudkan blog ini sebagai wadah baru untuk PGM Army khususnya dan seluruh para peminat gusti secara amnya. Diharap dengan munculnya blog yang tidak seadanya ini, kita semua para peminat gusti di Malaysia ini dapat berkongsi dan bertukar-tukar maklumat bagi memantapkan lagi komuniti PGM Army di Malaysia ni.

Jadi, LET'S GET READY TO RUMBLE..........!!!!