Search This Blog

Monday, October 18, 2010

Peminat Gusti di Malaysia..Satu kajian kes..

Bila sebut saja pasal gusti, mesti macam-macam pendapat dan komen yang akan kita dengar. Ada yang kata gusti ni ganas, tak sesuai untuk tontonan, bawak pengaruh tak baik dan macam-macam lagi komen negatif mengenai gusti. Sampai ada plak yang mengatakan peminat-peminat gusti (yang lelaki) ni gay pasal suka tengok orang pakai "spender" di khalayak ramai. Hehe..gua gelak je bila dengar pendapat ni. Tapi tu semua pendapat masing-masing. Kita kena hormatinya.

Gua start tengok gusti semasa berumur 5-6 tahun (tak berapa ingat secara tepat..hehe) di sekitar penghujung tahun 80-an. Semuanya gara-gara bapak gua selalu sewa tape wrestling dan dipertontonkan kat rumah. Memang syok la layan wrestling ni.Masa tu tengah zaman kegemilangan Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Jimmy "Superfly" Snuka, Ricky Steamboat, Ric Falir dan ramai lagi. Boleh dikatakan fenomena wrestling masa ni agak hebat la. Sampai kebanyakan warung-warung menggunakan kaedah menayangkan video gusti ni utnuk menarik pelanggan datang ke warung mereka. Masa ni kan Astro belum wujud lagi. Memang best la tengok pakcik-pakcik ni tepuk-tepuk meja masa layan wrestling ni.hehe...


Masa berganjak. Kalau dulu satu family gua minat tengok wrestling.(kadang-kadang sampai berdiri-berdiri bila wrestler kegemaran menang).Tapi semakin lama, bilangan ahli keluarga gua yang minat tengok wrestling ni semakin berkurang. Dengan adik gua yang dah semakin besar,minat beliau beralih kepada sukan lain dan dah mula tak tengok wrestling ni. Begitu jugak dengan mak ayah gua.Diorang pun dah macam malas nak layan sukan ni lagi.Mungkin atas dasar wrestling pada ketika ini dah terlalu banyak "soap opera" atau cakap-cakap je dalam ring dan kurang lawan. Jadi tinggal la gua sensorang je yang layan wrestling ni kat rumah.

Berbicara mengenai peminat sukan gusti di Malaysia ni, rasanya memang terlalu sukar kita nak jumpa orang yang minat sukan gusti ni betul-betul tahap "kipas susah mati". Kalau ada yang tengok pun, just layan dan tengok gitu-gitu je.Selalu dulu gua Google kat internet, tengok kalau-kalau ada sebarang kelab atau pertubuhan peminat gusti kat Malaysia ni. Nak jugak gua join utnuk berkongsi minat yang sama. Tapi malangnya, satu pun gua tak jumpa. Tak macam komuniti bola atau sukan-sukan lain. Mungkin rakyat Malaysia ni belum berani nak isytiharkan yang diorang ni peminat gusti kot. Teringin gak nak duduk-duduk kat warung tu sambil bercerita pasal wrestling, tapi malangnya hampir 30 tahun gua hidup ni, gua tak pernah jumpa dan alami pun saat tu. Dahsyat kan. Kalau update status kat FB pasal gusti plak, antara komen yang gua selalu terima, "Tak abis-abis dengan wrestling ko ni,".. hehe..tapi itulah kenyataannya.Memang susah nak jumpa peminat gusti kat Malaysia ni.





Bertitik tolak kerana itulah, pada tanggal 18 Mac 2010, beberapa hari sebelum Wrestlemania 26 berlangsung, tengah-tengah takde kerja kat ofis, gua secara suka-suka mencipta satu halaman "fan page" di Facebook untuk mencari kalau-kalau ada orang yang minat wrestling macam gua kat Malaysia ni. Dengan nama Peminat Gusti Malaysia, hanya bermula dengan 30-40 orang fans, page ini mula beroperasi. Pada asalnya,gua tak letak harapan tinggi untuk dapatkan fans yang ramai.Dapat dalam 100 lebih pun dah cukup baik untuk kami sama-sama bertukar-tukar maklumat dan pendapat mengenai dunia gusti. Tapi Alhamdulillah, page ini mendapat sambutan yang cukup baik sehingga mampu mencapai 1000++ fans setakat ini. Ini membuktikan yang di Malaysia ini, kita tidak ketandusan peminat gusti di mana mereka berada di mana-mana sahaja. Cuma mungkin diorang semua mengalami situasi yang sama macam gua.Takde platform dan ruang yang sesuai untuk berkongsi minat ini. Apapun, terima kasih kepada semua yang telah menyertai Peminat Gusti Malaysia dan sama-samalah kita mengeratkan dan memperkukuhkan lagi komuniti pencinta sukan gusti di Malaysia ni dan setanding seperti kelab-kelab peminat sukan lain....

4 comments:

  1. Bagus PGM,,permulaan yg bagus untuk kembalikan minat para peminat gusti di Malaysia..all da best

    ReplyDelete
  2. gua dah berusia 52 tahun... tak tau lah kenapa, minat sgt kat gusti ni. barangkali sebab famili gua slalu tgk sejak zaman wresling from great britain lagi, sekitar awal tahun 70an dulu.

    ReplyDelete
  3. never tired of watching wrestling.. dulu zaman belajar sekolah rendah dan menengah, memang kecoh satu kelas masing2 buat finisher ikut fav wrestler masing2..aku pun masok sekali aa.. actually aku start tengok gusti awal 90an..pada masa tu, Undertaker, HHH, HBK masih fresh lagi and WWF (WWE) was pretty dominated by Hogan, Macho Man, Steamboat etc.. tapi skarang, since Vince McMahon ambil alih empayar perniagaan berjuta dollar ni dari ayahnya, its all changed.. they introduced "storylines" sehingga tertubuhnya Creative Unit yang menentukan jalan cerita sesuatu show.. tapi aku tak kisah, yg penting kepuasan dapat tengok fav wrestler bertarung dalam ring tu memang best.. sempat jgak ikut show smackdown sewaktu jelajah Australia (time study laa..biar ponteng class) dalam tv, diorang nampak kecik..tapi bila tengok live memang kalah gajah sumatera.. to compare, aku suka tengok 90s and awal 2000 punya show.. sbb time tu, wrestler ada "karisma" tersendiri..sekarang? sekadar keluar show utk famous..tak payahlah.. "rise above hate" hahah

    ReplyDelete